Skip to content

Seksyen 117

Hak dan kewajipan juruaudit

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 137 of 210
Seksyen 117
(1)

Tiap-tiap juruaudit suatu syarikat Labuan hendaklah melaporkan kepada anggota syarikat itu sama ada, pada pendapatnya, akaun syarikat itu telah disediakan dengan sempurna supaya memberi gambaran yang tepat dan adil mengenai hal ehwal syarikat itu.

(2)

Tiap-tiap juruaudit suatu syarikat Labuan berhak untuk dikemukakan kepadanya suatu salinan memorandum dan perkara syarikat itu dan hendaklah membiasakan dirinya dengan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.

(3)

Jika seseorang juruaudit dalam melaksanakan kewajipannya sebagai juruaudit sesuatu syarikat Labuan berpendapat bahawa suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan sedang atau

138

Undang-Undang Malaysia telah dilakukan terhadap syarikat Labuan itu atau terhadap Akta ini oleh pegawai syarikat Labuan itu, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Lembaga.

(4)

Tiada kewajipan yang boleh dipertanggungkan ke atas juruaudit sesuatu syarikat Labuan boleh dikira sebagai telah dilanggari hanya kerana dia melaporkan perkara yang disebut dalam seksyen ini secara suci hati kepada Lembaga.