Skip to content

Seksyen 151E

Surat pengesahan dan surat kedudukan baik

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 208 of 210
Seksyen 151E
(1)

Lembaga boleh mengeluarkan suatu surat pengesahan di bawah meterainya, apabila diminta oleh mana-mana syarikat amanah

Labuan, pelikuidasi yang diluluskan, penerima dan pengurus, orang lain yang mempunyai kebenaran bertulis daripada pegawai syarikat, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi syarikat amanah Labuan atau mana-mana orang yang boleh menunjukkan pada Lembaga bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk berbuat demikian, dengan syarat bahawa—

(a)

nama syarikat Labuan itu berada dalam daftar;

(b)

syarikat Labuan itu telah membayar semua fi dan penalti yang genap masa dan kena dibayar; dan

(c)

fi yang ditetapkan telah dibayar.

(2)

Suatu surat pengesahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan yang berikut:

(a)

nama syarikat Labuan itu, tarikh pemerbadanannya dan nombor syarikat;

(b)

alamat berdaftar syarikat Labuan itu;

(c)

pengarah dan setiausaha syarikat Labuan itu;

(d)

pernyataan untuk menunjukkan sama ada syarikat Labuan itu itu dalam proses penggulungan dan pembatalan atau dipotong daripada daftar; atau

(e)

apa-apa maklumat lain yang diminta oleh syarikat amanah

Labuan atau juruaudit yang diluluskan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(3)

Jika apa-apa maklumat diserahkan oleh syarikat amanah

Labuan kepada Lembaga di bawah Akta ini, Lembaga atau mana-mana pegawai atau pekerjanya yang terlibat dalam pengeluaran surat pengesahan menurut subseksyen (1) tidak boleh didapati bersalah

Syarikat Labuan 205

kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa keingkaran, kesilapan atau peninggalan jika dibuat secara suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipannya.