Skip to content

Seksyen 153

Pemakaian undang-undang bertulis tertentu

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 210 of 210
Seksyen 153
(1)

Tiada apa jua pun dalam Akta ini boleh menjejaskan pemakaian Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 dan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan 1996.

(2)

Dalam pemakaian peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk pada peruntukan Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.

(3)

Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, peruntukan Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 hendaklah terpakai.

(4)

Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan 1996, peruntukan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan 1996 hendaklah terpakai.

*CATATAN—

lihat seksyen 61

Akta

Syarikat

Labuan

(Pindaan)

2022

[Akta A1653] m.b.p. 1 Januari 2019 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut:

Peruntukan pengecualian dan peralihan