Skip to content

Seksyen 152

Ketidakpakaian undang-undang bertulis yang tertentu

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 209 of 210
Seksyen 152
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang bertulis, atau sebahagian daripadanya, yang ditentukan di dalam perintah itu, tidak terpakai berhubung dengan suatu syarikat Labuan, syarikat Labuan asing, syarikat amanah

Labuan, atau seseorang yang memegang suatu lesen yang sah yang diberi Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 atau akan terpakai baginya dengan apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam perintah itu.

(1A)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam Akta ini, peruntukan Akta Syarikat 2016 tidaklah terpakai bagi suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta ini.

(2)

Ubah suaian yang dibuat kepada sesuatu undang-undang bertulis oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai sebahagian integral undang-undang bertulis sedemikian bagi maksud perintah tersebut.

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat dengan kuat kuasa kebelakangan dari tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

(4)

Dalam seksyen ini “ubah suaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pemotongan, penggantian atau ketidakmasukan.

206

Undang-Undang Malaysia