Seksyen 44
Sesuatu syarikat Labuan boleh—
ActIn forceProvision 48 of 210
Seksyen 44
(a)
membuat perkiraan, mengenai penerbitan syer, bagi mengubah amaun dan masa pembayaran panggilan di antara pemegang syer;
(b)
menerima daripada mana-mana anggota keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada amaun yang masih tidak berbayar atas mana-mana syer walaupun tiada bahagian amaun itu yang telah dipanggil; dan
Syarikat Labuan 59
(c)
membayar dividen mengikut kadar amaun yang dibayar atas setiap syer jika suatu amaun yang lebih besar dibayar atas beberapa syer daripada syer yang lain.