Seksyen 54
Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara
Tiada syarikat
Labuan boleh mengumpukkan syer keutamaan, atau menukarkan syer terbitan menjadi syer keutamaan, melainkan jika ada dinyatakan dalam perkaranya akan hak pemegang syer itu mengenai pembayaran balik modal, penyertaan dalam aset lebihan dan keuntungan, dividen kumulatif atau tidak kumulatif, pengundian dan keutamaan pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer lain atau kelas syer keutamaan yang lain.
(2)
Penerbitan oleh sesuatu syarikat Labuan akan syer keutamaan yang berperingkat pari passu dengan syer keutamaan yang ada yang dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pengubahan hak yang terkembar dengan syer keutamaan yang ada itu melainkan jika penerbitan syer yang mula-mula disebut itu dibenarkan oleh terma penerbitan syer keutamaan yang ada atau oleh perkara yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaan yang ada itu diterbitkan.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit.