Skip to content

Seksyen 46A

Larangan untuk menerbitkan syer pembawa atau waran syer pembawa

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 51 of 210
Seksyen 46A
(1)

Sesuatu syarikat Labuan tidak boleh—

(a)

menerbitkan suatu syer pembawa atau waran syer pembawa;

(b)

menukarkan suatu syer kepada suatu syer pembawa atau waran syer pembawa kepada syer waran; atau

(c)

membuat pertukaran suatu syer untuk syer pembawa.

(2)

Apa-apa yang berupa penerbitan, penukaran atau pertukaran syer pembawa, waran syer pembawa, syer atau syer waran di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah.

(3)

Peruntukan dalam memorandum atau perkara suatu syarikat

Labuan yang bertujuan untuk membolehkan syarikat menerbitkan, menukarkan atau membuat pertukaran mana-mana syer pembawa, waran syer pembawa, syer atau syer waran adalah tidak sah.

(4)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat Labuan asing.

(5)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

64

Undang-Undang Malaysia