Seksyen 83
Daftar gadaian
Tiap-tiap syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya suatu daftar gadaian dan hendaklah mencatatkan di dalamnya semua gadaian yang khusus melibatkan harta syarikat itu dalam masa satu bulan selepas pewujudan gadaian itu, dengan memberikan dalam setiap hal perihal ringkas mengenai harta yang digadaikan, amaun yang didapatkan melalui gadaian itu, nama pemegang gadaian atau orang yang berhak terhadap gadaian tersebut, dan butir-butir yang berhubung dengan penyelesaian atau pelepasan daripada gadaian tersebut.
(2)
Jika mana-mana harta sesuatu syarikat Labuan atau syarikat
Labuan asing digadaikan tanpa dibuat catatan yang dikehendaki oleh subseksyen (1), tiap-tiap pegawai syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengan bersengaja memberi kuasa atau membenarkan peninggalan catatan sedemikian melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: *Lima puluh ribu ringgit dan penalti ingkar lima ratus ringgit.
(3)
Tiap-tiap syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap surat cara yang mewujudkan apa-apa gadaian disimpan di pejabat berdaftarnya.
(4)
Daftar gadaian dan salinan surat cara yang disimpan menurut seksyen ini hendaklah terbuka untuk pemeriksaan mana-mana pemiutang atau anggota syarikat pada bila-bila masa yang munasabah tanpa bayaran.
(5)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (3) atau (4), syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: **Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.
*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh ribu ringgit”—lihat subseksyen 26(a) Akta Syarikat Labuan
(Pindaan) 2022 [Akta A1653].
**CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh ribu ringgit”—lihat subseksyen 26(b) Akta Syarikat Labuan
(Pindaan) 2022 [Akta A1653].
Syarikat Labuan 95