Skip to content

Seksyen 84

Notis mengenai pewujudan dan penyelesaian gadaian

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 91 of 210
Seksyen 84
(1)

Tiap-tiap syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pewujudan tiap-tiap gadaian, menyerahkan suatu pernyataan mengenai butir-butir yang ditetapkan kepada Lembaga, dan dalam masa satu bulan selepas gadaian itu diselesaikan atau dilepaskan, menyerahkan suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Lembaga.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.