Skip to content

Seksyen 84A

Penyerahhakan dan pengubahan gadaian

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 92 of 210
Seksyen 84A
(1)

Jika selepas suatu gadaian atas harta syarikat Labuan telah diwujudkan dan diserahkan menurut seksyen 84 dan jika orang yang selain pemegang asal gadaian itu menjadi pemegang gadaian baharu atau apa-apa pengubahan butir-butir gadaian itu, syarikat itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dan setelah membayar fi yang ditetapkan, menyerahkan kepada Lembaga suatu notis menyatakan penyerahhakan atau pengubahan itu dan notis itu hendaklah mengandungi maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat seksyen 27 Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 [Akta

96

Undang-Undang Malaysia