Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Perbadanan
10. Kuasa untuk melabur
Feedback & supportWang dalam Kumpulan Wang, setakat yang tidak dikehendaki segera untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini, hendaklah dilaburkan keseluruhannya dalam pelaburan di Malaysia mengikut subseksyen (2).
Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam—
deposit dalam—
Bank Negara Malaysia;
bank dan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau
mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diluluskan oleh
Menteri Kewangan bagi maksud di bawah Akta ini;
bon dan sekuriti Kerajaan;
pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan
apa-apa sekuriti atau pelaburan yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai makna yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].
Tabung Pembangunan Kemahiran 17