Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Perbadanan
9. Kuasa Perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan fungsi-fungsinya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa-kuasa
Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—
untuk membuat kontrak;
untuk menggunakan mana-mana harta Perbadanan, alih atau tak alih, untuk kepentingan Kumpulan Wang mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan, termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan organisasi lain, bagi maksud menyelaraskan, memperkemas atau merasionalkan pemberian dan pentadbiran pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih dalam program latihan yang diluluskan;
untuk mengenakan fi, termasuk kos sara hidup, insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;
untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
16
Undang-Undang Malaysia
untuk mengadakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan aktiviti rekreasi bagi, dan aktiviti yang sesuai bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
untuk mengadakan latihan bagi pegawai dan pekhidmat
Perbadanan dan untuk memberikan pinjaman atau selainnya membuat bayaran bagi latihan itu; dan
untuk membuat apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.