Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pembayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran
59. Pemulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
Feedback & supportAdalah menjadi kewajipan penerima pinjaman untuk memulakan pembayaran balik pinjaman latihan kemahirannya kepada
Perbadanan tidak lewat dari tempoh yang ditetapkan di dalam perjanjian pinjaman.
Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pinjaman yang dibuat antara
Perbadanan dengan penerima pinjaman di bawah Akta ini, Ketua
Eksekutif, atas permohonan penerima pinjaman yang dibuat sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan yang dirujuk dalam subseksyen
, boleh melanjutkan tempoh masa bagi permulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Ketua Eksekutif sifatkan patut dikenakan.