Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pembayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran
63. Majikan dan orang yang menggaji diri sendiri hendaklah membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri
Feedback & supportAdalah menjadi kewajipan majikan kepada seseorang penerima pinjaman dan kewajipan seseorang yang menggaji diri sendiri, apabila diberitahu secara bertulis oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri—
untuk memotong daripada upah penerima pinjaman itu atau, bagi orang yang menggaji diri sendiri, daripada upahnya sendiri apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diberitahukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun pembayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada penerima pinjaman itu bagi menjelaskan pinjaman latihan kemahirannya; dan
untuk mengirim amaun yang dipotong itu kepada Lembaga
Hasil Dalam Negeri tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berikutan dengan bulan dalam mana gajinya dibayar.