Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

44. Kecualian

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan, yang, sebaik sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, telah dilantik sebagai seseorang inspektor di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah diberikan kuasa sebagai pegawai diberi kuasa dan hendaklah terus menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi yang telah diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini sehingga pelantikannya dibatalkan atau terhenti berkuat kuasa.

(2)

Apa-apa tindakan, arahan atau keputusan yang dilakukan, diberikan atau dibuat, atau apa-apa kuasa atau fungsi yang dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang inspektor di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, disifatkan telah dilakukan, diberikan, dibuat, atau dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang pegawai diberi kuasa secara sah.

Report