Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Suruhanjaya dan Pelesenan Pihak Berkuasa Pemerakuan
16. Sekatan ke atas penggunaan ungkapan “pihak berkuasa pemerakuan”
Feedback & supportKecuali dengan keizinan bertulis Suruhanjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, boleh memakai atau menggunakan ungkapan “pihak berkuasa pemerakuan” atau “pihak berkuasa pemerakuan berlesen”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada ungkapan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung dengan perniagaan atau mana-mana bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa cara lain.
Tandatangan Digital 25