Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya dan Pelesenan Pihak Berkuasa Pemerakuan

8. Pemberian atau keengganan memberi lesen

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 7 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika ia berpuas hati bahawa pemohon ialah suatu pihak berkuasa pemerakuan yang layak dan pemegang lessen yang sesuai, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.

(2)

Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan jangka masa lesen dan nombor lesen.

(3)

Terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah lesen boleh diubah atau dipinda oleh Suruhanjaya pada bila-bila masa dengan syarat bahawa pemegang lesen diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

(4)

Jika Suruhanjaya enggan memberikan lesen, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

Report

Bahagian III

Kehendak ke Atas Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen

Bahagian IV

Kewajipan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen dan Pelanggan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian V

Kesan Tandatangan Digital

Bahagian VI

Repositori dan Perkhidmatan Penanda Tarikh/Masa

Bahagian VII