Skip to content

Seksyen 18

Lesen hilang

of Akta Tandatangan Digital 1997

ActIn forceProvision 18 of 57
Seksyen 18

(1)

Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen telah hilang lesennya, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.

(2)

Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu permohonan untuk lesen gantian dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bersama dengan fi yang ditetapkan.