Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XVI · Pelbagai
117. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang, pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah urusan, pengurus atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.
WJW21/0262 Akta 645.indd 76 1/29/21 7:26 AM
Warisan Kebangsaan 77