Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XVI · Pelbagai
121. Kekebalan daripada tindakan undang-undang
Feedback & supportTiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuk litigasi yang lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap—
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong
Pesuruhjaya;
mana-mana anggota Majlis;
mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai penguat kuasa; atau
mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabat
Pesuruhjaya atau Majlis, atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan
WJW21/0262 Akta 645.indd 78 1/29/21 7:26 AM
Warisan Kebangsaan 79
yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat oleh kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.