Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian XVI · Pelbagai

118. Penalti am

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya dia boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika kesalahan yang dilakukan mengakibatkan kerosakan kepada atau perobohan atau pembinasaan sesuatu butiran warisan, mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan di bawah subseksyen (1), kos pembaikan, pembaikpulihan atau pembinaan semula butiran warisan itu.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian