Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian III · Perisikan Kewangan
11. Penzahiran yang dilarang
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 12, tiada seorang pun yang telah mendapat maklumat daripada pihak berkuasa berwibawa di bawah
Bahagian IV boleh—
semasa dia diberi kebenaran di bawah seksyen 9, menzahirkan atau menyampaikan maklumat itu kecuali kepada seorang pegawai lain yang diberi kebenaran
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
di bawah seksyen itu, bagi maksud, atau berkaitan dengan, pelaksanaan tugasnya; dan
apabila dia tidak lagi diberi kebenaran di bawah seksyen 9, membuat rekod maklumat itu, atau menzahirkan atau menyampaikan maklumat itu dalam apa-apa hal keadaan.