Skip to content

Bahagian III · Perisikan Kewangan

12. Penzahiran yang dibenarkan

Feedback & support
(1)

Tiada apa jua dalam seksyen 11 boleh menghalang penyampaian maklumat pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini berkenaan dengan sesuatu pendakwaan atau prosiding undang-undang berkaitan dengan pelakuan suatu kesalahan berat, suatu kesalahan berat asing, suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad.

(2)

Tiada apa jua dalam seksyen 11 boleh menghalang penyampaian maklumat pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini yang berkenaan dengan hal ehwal seseorang oleh orang yang diberi kebenaran di bawah seksyen 9 kepada—

(a)

jika orang itu bukan suatu syarikat, orang itu sendiri;

(b)

jika orang itu suatu syarikat—

(i)

mana-mana orang yang merupakan, atau pernah menjadi, pengarah atau pegawai syarikat itu; atau

(ii)

mana-mana orang yang sedang, atau telah terlibat secara langsung dalam, atau bertanggungjawab bagi, penyediaan maklumat yang diberikan bagi pihak syarikat itu; atau

(c)

orang yang memberikan maklumat itu kepada pihak berkuasa berwibawa itu.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

37

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(3)

Tiada seorang pun yang kepadanya pihak berkuasa berwibawa atau orang yang diberi kebenaran di bawah seksyen 9 telah menyampaikan apa-apa maklumat di bawah Bahagian ini dan maklumat itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal orang itu boleh membuat rekod maklumat itu, atau menzahirkan atau menyampaikan maklumat itu kepada mana-mana orang dalam apa-apa hal keadaan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5)

Kecuali jika perlu untuk berbuat demikian bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini, seseorang yang mendapat maklumat daripada pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini tidak boleh dikehendaki supaya mengemukakan dalam mahkamah apa-apa dokumen yang mengandungi apa-apa maklumat itu atau untuk menzahirkan, atau menyampaikan kepada mana-mana mahkamah maklumat itu.

Report

Bahagian IV

Obligasi Pelaporan

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules