Skip to content

Bahagian III · Perisikan Kewangan

9. Kebenaran untuk melepaskan maklumat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), pihak berkuasa berwibawa boleh, secara bertulis, membenarkan mana-mana agensi penguat kuasa atau agensi penyelarasan, atau pegawai yang ditentukan bagi agensi penguat kuasa atau agensi penyelarasan itu mendapat akses kepada maklumat yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa itu bagi maksud pelaksanaan fungsi agensi penguat kuasa atau agensi penyelarasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

33

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(2)

Berkenaan dengan mana-mana maklumat yang diterima daripada sesuatu institusi pelapor yang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan yang disenaraikan di bawah Bahagian II Jadual Pertama, pihak berkuasa berwibawa hendaklah membenarkan Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan atau pegawainya yang ditentukan untuk mendapat akses kepada maklumat itu.

(3)

Pihak berkuasa berwibawa boleh, secara bertulis, membenarkan

Peguam Negara atau pegawainya yang ditentukan mendapat akses kepada maklumat yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa itu bagi maksud menguruskan permintaan suatu Negara asing berhubung dengan bantuan bersama dalam perkara jenayah.

Report

Bahagian IV

Obligasi Pelaporan

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules