Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian III · Perisikan Kewangan
8. Peruntukan berhubung dengan pihak berkuasa berwibawa
Feedback & supportMenteri Kewangan boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa yang hendaklah berunding dengan pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor (jika ada), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, *menggunakan mana-mana atau kesemua peruntukan Bahagian IV berkenaan dengan institusi pelapor itu (jika ada).
Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa pihak berkuasa berwibawa boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini berkenaan dengan institusi pelapor yang menjalankan mana-mana atau kesemua aktiviti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan hendaklah—
menerima dan menganalisa maklumat dan laporan daripada mana-mana orang, termasuklah laporan yang dikeluarkan oleh institusi pelapor di bawah seksyen 14;
menghantar mana-mana laporan yang diterima di bawah perenggan (a) atau mana-mana maklumat yang didapati daripada mana-mana laporan itu kepada agensi penguat kuasa atau agensi penyelarasan jika ia berpuas hati atau mempunyai sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan; dan
*CATATAN—Perenggan 14(b), seksyen 20 dan 24 digunakan bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan
Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
menghantar apa-apa maklumat yang didapati daripada pemeriksaan yang dijalankan di bawah Bahagian IV, VIA dan VIB kepada agensi penguat kuasa atau agensi penyelarasan jika ia mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan.
Pihak berkuasa berwibawa boleh—
menyusun statistik dan rekod;
memberikan arahan kepada sesuatu institusi pelapor berhubung dengan apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah seksyen 14;
membuat syor kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor, agensi penguat kuasa, agensi penyelarasan dan institusi pelapor yang berkaitan tentang perkara yang berbangkit daripada apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah subseksyen (2); dan
mewujudkan keperluan latihan dan memberikan latihan bagi mana-mana institusi pelapor berkenaan dengan transaksi dan obligasi pelaporan dan penyimpanan rekod mereka di bawah Bahagian IV.