Skip to content

Seksyen 35

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 37 of 65

Seksyen 35

(1)

Bagi maksud-maksud sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 33 dan 34, sesuatu bank berlesen hendaklah membenarkan Bank Negara melihat buku-buku, akaun-akaun dan suratan-suratannya dan hendaklah memberikan apaapa maklumat dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan penyiasatan itu:

Dengan syarat bahawa buku-buku, akaun-akaun dan suratan-suratan itu tidaklah dikehendaki dikemukakan pada sesuatu masa dan di mana-mana tempat yang akan mengganggu penjalanan yang sepatutnya akan perniagaan harian biasa bank itu.

(2)

Sesuatu bank berlesen yang tidak membenarkan bukubuku, akaun-akaun dan suratan-suratannya dilihat atau tidak memberi maklumat atau kemudahan-kemudahan mengikut seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

(3)

Bagi maksud-maksud sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 33 dan 34, semua pegawai dan pekerja Bank Negara hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkenaan.