Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VI · Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Bank-Bank

45. Section 45

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan hendaklah sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandam persatuan atau tataurusan persatuan atau lain-lain suratcara yang di bawahnya ia diperbadankan memberi kepada Bank Negara butir-butir bertulis mengenai pindaan atau perubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusannya.

(2)

Tiap-tiap bank berlesen samada diperbadankan di dalam atau di luar Persekutuan hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandam persatuan dan tataurusan persatuan atau lain-lain suratcara yang di bawahnya ia diperbadankan memberi kepada Menteri melalui Bank Negara butir-butir bertulis (disahkan dengan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seseorang pegawai kanan bank itu) mengenai pindaan atau perubahan itu.

AKTA102

(3)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan