Skip to content

Seksyen 36

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 38 of 65

Seksyen 36

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam seksyen 33 dan 34, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh memberikuasa kepada Menteri mengarahkan Bank Negara, atau boleh memberikuasa kepada Bank Negara menyiasat dengan tertentu mengenai hal ehwal mana-mana pelanggan perseorangan sesuatu bank berlesen dan apa-apa maklumat yang bersampingan mengenai hal ehwal pelanggan perseorangan itu yang diperolehi oleh Bank Negara dalam pemeriksaan atau penyiasatan yang dibuat oleh Bank Negara di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini hendak-lah menjadi rahsia antara Bank Negara dan bank itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyekat apa-apa kuasa yang diberi kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakimnya oleh Akta Buku Bank (Keterangan), 1949 atau melarang pematuhan sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta itu.

33

(2)

Kecuali dengan kebenaran bertulis Bank Negara dan setakat yang dinyatakan di dalamnya, tiada seseorang pegawai sesuatu bank berlesen dan tiada seseorang yang oleh kerana kedudukan atau jawatannya boleh dengan apa-apa cara jua melihat-rekod-rekod bank itu, daftar-daftar atau apa-apa surat menyurat atau bahan berkenaan dengan akaun mana-mana pelanggan perseorangan bank itu boleh memberi, menzahirkan atau membuka apa-apa jua maklumat berkenaan dengan wang atau lain-lain butir yang berkaitan mengenai akaun pelanggan itu melainkan jika—

(a)

pelanggan itu atau wakil dirinya memberi kebenarannya untuk berbuat demikian;

(b)

pelanggan itu diisytiharkan bankrap; atau

(c)

maklumat itu dikehendaki untuk menilai kelayakan kredit pelanggan itu berhubung dengan biro kredit yang ditubuhkan dengan kelulusan Bank Negara atau berkenaan dengan sesuatu/urusan-perdagangan bona fide atau sesuatu urusan perdagangan jangkaan.

(3)

Peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (2) tidak boleh dipakai bagi pemberian maklumat kepada juruodit-juruodit yang dilantik di bawah seksyen 19, pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja bank itu yang bermastautin di Persekutuan.

(4)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.