Seksyen 42
Seksyen 42
Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan perniagaan sesuatu bank berlesen menurut perenggan (e) seksyen-kecil (2) seksyen 39, bank berlesen itu hendaklah menyerahkan perniagaannya kepada kawalan Bank Negara atau orang itu dan hendaklah memberi Bank Negara apa-apa kemudahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank Negara untuk menjalankan perniagaan bank itu.
(2)
Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi seksyen-kecil (1) atau mana-mana kehendak Bank Negara di bawah seksyen-kecil itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih dari-pada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.