Skip to content

Seksyen 48

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 50 of 65

Seksyen 48

(a)

tidak mengambil semua langkah yang menasabah supaya bank itu mematuhi kehendak-kehendak Akta ini dan Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958 (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut sebagai "Ordinan itu"); atau

(b)

tidak mengambil semua langkah yang menasabah untuk mempastikan kebetulan sesuatu kenyataan yang dikemukakan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau Ordinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu pembicaraan terhadap seseorang di bawah seksyen-kecil (1) adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa ia ada alasan yang menasabah untuk mempercayai bahawa seorang lain telah dipertanggungkan dengan kewajipan bagi mempastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta ini atau Ordinan itu atau kewajipan bagi mempastikan bahawa kenyataan-kenyataan ini adalah tepat dan bahawa orang itu adalah layak dan boleh menunaikan kewajipan itu.

(3)

Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukum penjara bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) melainkan jika pada pendapat Mahkamah, ia telah melakukan kesalahan itu dengan sengaja.