Skip to content

Seksyen 53

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 55 of 65

Seksyen 53

(1)

Gabenor Bank Negara dengan persetujuan Menteri boleh mengkompaun sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan menerima sesejumlah wang, sebagaimana yang difikirkannya patut yang tidak melebihi jumlah denda maksima yang orang itu tetap boleh dikenakan jika ia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulanwang Disatukan.