Seksyen 50
Seksyen 50
Jika sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu perbadanan, firma, pertubuhan atau lain-lain kumpulan orang, manamana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seseorang pengarah, pengurus, setiausaha atau lain-lain pegawai seumpamanya atau berupa sebagai bertindak dalam jawatan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai bertindak dalam jawatan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau tanpa dibiarkan olehnya dan bahawa ia telah menjalankan semua usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, memandang kepada jenis tugasnya dalam jawatan itu dan kepada semua hal keadaan.
(2)
Jika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran ia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana kerani, penjawat atau ejen, atau kerani atau penjawat ejen itu dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau penjawat itu dalam masa pekerjaannya atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pehak orang itu, atau oleh kerani atau penjawat ejen itu apabila bertindak dalam masa pekerjaannya dalam sesuatu hal keadaan bahawa jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh ejen itu maka prinsipalnya boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen ini.