Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VII · Pelbagai

57. Section 57

Feedback & support
(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa dengan notis dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana hari atau hari-hari sebagai hari kelepasan atau hari-hari kelepasan bank.

(2)

Tiada sesuatu bank boleh menguruskan apa-apa perniagaan dengan awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank di bawah peruntukanperuntukan seksyen-kecil (1).

(3)

Sesuatu hari kelepasan bank yang diisytiharkan di bawah peruntukan seksyen-kecil (1) tidaklah semestinya menjadi hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan hari kelepasan am yang berkuatkuasa pada masa itu.

(4)

Apa-apa sebutan mengenai sesuatu hari kelepasan bank dalam mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa hendaklah termasuk mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini dan sesuatu hari yang mana adalah suatu hari kelepasan am dalam erti mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan hari kelepasan am yang berkuatkuasa pada masa itu.

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan