Skip to content

Seksyen 18

Akaun dan audit

of Akta Bernama 1967

ActIn forceProvision 18 of 26
Seksyen 18
(1)

Lembaga hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan operasinya.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 780

(2)

Akaun BERNAMA hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Lembaga hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya setiap tahun kalendar, mengemukakan kepada Menteri suatu penyata akaun yang telah diaudit mengenai pendapatan dan perbelanjaan Lembaga bagi tahun itu berserta dengan suatu penyata aset dan tanggungannya.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya akaun dan penyata yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) berserta dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian juruaudit mengenai akaun dan penyata itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.