Skip to content

Seksyen 22

Pendapatan BERNAMA

of Akta Bernama 1967

ActIn forceProvision 22 of 26
Seksyen 22
(1)

Pendapatan BERNAMA hendaklah terdiri daripada yuran dan sumbangan, pemberian, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah BERNAMA.

(2)

Pendapatan BERNAMA hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk memajukan matlamat BERNAMA;

(b)

untuk membayar saraan, pencen, faedah persaraan, elaun dan apa-apa skim kumpulan wang simpanan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diambil kerja atau diambil khidmat di bawah Akta ini; atau

(c)

untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan menurut Akta ini.

(3)

Tiada bahagian daripada pendapatan BERNAMA boleh dibayar atau dipindahkan, secara langsung atau tidak langsung, melalui dividen, bonus atau selainnya secara membayar keuntungan kepada mana-mana orang.

Pejabat BERNAMA