Skip to content

Seksyen 25

Jaminan bagi perkhidmatan penuh

of Akta Bernama 1967

ActIn forceProvision 25 of 26
Seksyen 25
(1)

Walau apa pun apa-apa perkiraan yang dibuat oleh

BERNAMA bagi penerimaan dan pengagihan berita antarabangsa, pelanggan BERNAMA hendaklah terjamin haknya, atas permintaan dan atas terma mengenai bayaran yang akan diputuskan oleh

Lembaga, untuk menerima melalui BERNAMA perkhidmatan penuh yang diberikan kepada BERNAMA oleh mana-mana agensi berita antarabangsa.

(2)

Perkiraan bagi pemungutan dan pengagihan berita yang dibuat oleh BERNAMA tidak menjejaskan hak surat khabar yang menjadi pelanggan BERNAMA untuk membuat perkiraannya sendiri bagi wartawannya untuk mendapatkan liputan berita.

(3)

Dalam subseksyen (2), “wartawan” termasuklah sidang pengarang bagi sesuatu surat khabar dan mana-mana orang yang menulis atau memberikan berita bagi mendapatkan suatu fi sama ada sebagai suatu pekerjaan sambilan atau sepenuh masa.