Skip to content

Seksyen 17

Pelaburan

of Akta Bernama 1967

ActIn forceProvision 17 of 26
Seksyen 17
(1)

Aset BERNAMA boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam cagaran yang dikeluarkan atau didaftarkan atau harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan Menteri Kewangan.