Seksyen 28
Caj kena dibayar jika permintaan ditarik balik tanpa notis yang berpatutan
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
ActIn forceProvision 33 of 110
Seksyen 28
Apa-apa caj yang ditetapkan di bawah Akta ini bagi apa-apa perkhidmatan, kerja atau kemudahan adalah genap masa dan kena dibayar seolah-olah perkhidmatan, kerja atau kemudahan itu telah diberi, dilaksanakan atau diadakan, jika permintaan berkehendakkan perkhidmatan, kerja atau kemudahan itu ditarik balik atau dibatalkan tanpa notis yang berpatutan diberikan kepada Lembaga.