Seksyen 29
Mendapat caj kebelakangan
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Berkenaan dengan caj yang belum lagi dibayar bagi apa-apa barang, Lembaga hendaklah mempunyai lien ke atas barang-barang itu dan adalah berhak menyita dan menahan barang-barang itu sehingga caj itu dibayar sepenuhnya.
(2)
Lien yang sedemikian itu hendaklah mempunyai keutamaan mengatasi segala lien dan tuntutan lain, kecuali tuntutan mendapatkan wang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
(3)
Caj berkenaan dengan barang-barang yang hendak—
(a)
didaratkan
(b)
dikapalkan; atau
(c)
dipindahkan dari premis Lembaga, hendaklah kena dibayar masing-masing—
(i)
apabila barang-barang didaratkan;
(ii)
sebelum barang-barang itu dikapalkan; atau
(iii)
apabila diminta.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 243