Skip to content

Seksyen 33

Kuasa untuk menahan harta kerana tidak membayar caj

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 38 of 110
Seksyen 33
(1)

Jika nakhoda sesuatu vesel tidak membayar apa-apa caj atau sebahagian daripadanya yang kena dibayar apabila diminta di bawah

Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, Lembaga boleh menahan harta atau menyita vesel itu serta takal, kain kapal, perabot atau lain-lain barang kepunyaan vesel itu, dan menahan kesemuanya sehingga caj tersebut dibayar.

(2)

Jika mana-mana bahagian caj atau kos menahan harta, menyita atau menahan vesel, takal, kain kapal, perabot atau lain-lain barang

Lembaga Pelabuhan Bintulu 41

yang masih belum berbayar dalam tempoh empat belas hari selepas sesuatu penahanan harta, penyitaan atau penahanan yang sedemikian itu, Lembaga boleh mengarahkan supaya vesel itu atau barang lain yang ditahan harta, disita atau ditahan sedemikian itu dijual, dan boleh mengguna hasil jualan itu bagi menjelaskan caj dan kos tersebut

(temasuk kos jualan) dan Lembaga hendaklah menyerahkan bakinya

(jika ada ) kepada nakhoda vesel itu apabila diminta.

(3)

Jika Lembaga telah memberi, kepada pegawai Kerajaan yang berkewajipan memberi kelulusan pelabuhan kepada sesuatu vesel suatu notis menunjukkan amaun yang dinyatakan dalamnya adalah kena dibayar mengenai caj (yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya) terhadap sesuatu vesel, maka pegawai itu tidak boleh memberi apa-apa jua kelulusan pelabuhan bagi vesel itu sehingga amaun yang kena dilevi itu telah dibayar.

(4)

Peruntukan seksyen ini (berhubung dengan mendapatkan caj yang tertunggak oleh Lembaga) adalah sebagai menambah dan bukannya melemahkan hak Lembaga di bawah mana-mana undang-undang lain.