Seksyen 35
Tanggungan mengenai kerja memuat atau memunggah
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
ActIn forceProvision 40 of 110
Seksyen 35
Lembaga tidak bertanggungan untuk mengganti rugi, tanpa kesalahan sebenar atau kalau tidak menjadi pihak yang berkaitan,—
(a)
berkenaan dengan bencana diri atau kematian yang berlaku ke atas mana-mana orang;
(b)
bagi kehilangan atau kerosakan mana-mana barang-barang, barang dagangan atau apa-apa jua benda lain, jika bencana, kematian, kehilangan atau kerosakan itu disebabkan oleh atau berbangkit daripada kerja memuat barang-barang ke dalam vesel atau memunggah barang-barang vesel atau apa-apa kerja yang bersampingan dengannya.