Skip to content

Seksyen 39

Seksyen 37(2)(b) dan 38 tidak akan mengenakan terhadap

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 44 of 110
Seksyen 39

Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sempurna olehnya apa-apa tanggungan atas kerugian, kemusnahan, atau kerosakan pada mana-mana barang yang berbangkit daripada—.

(a)

kebakaran atau banjir, melainkan jika berlaku dengan kesalahan sebenar Lembaga atau dengan Lembaga tidak menjadi pihak yang berkaitan;

(b)

bencana alam;

Lembaga Pelabuhan Bintulu 45

(c)

tindakan perang atau musuh awam;

(d)

penyitaan di bawah apa-apa proses undang-undang;

(e)

sekatan kuarantin;

(f)

apa-apa perbuatan, ketinggalan atau kemungkiran di pihak pemunya atau pengangkut barang-barang itu;

(g)

mogok, tutup pintu atau penghentian kerja atau penghalangan perburuhan oleh kerana apa jua sebab, sama ada sebahagian atau secara amnya;

(h)

rusuhan dan kegemparan awam;

(i)

penyelamatan atau percubaan menyelamatkan nyawa atau harta;

(j)

pembungkusan yang tidak mencukupi atau tidak sempurna, tanda-tanda yang cacat atau tidak mencukupi atau kebocoran tong, bekas atau bungkusan yang cacat;

(k)

apa-apa tanggungan yang sememangnya ada tentang kesusutan besar atau berat, kecacatan yang terpendam atau yang sememangnya ada atau kemerosotan semula jadi;

(l)

apa-apa kekurangan pada kandungan bungkusan tak pecah;

atau

(m)

jenis berbahayanya barang-barang itu.