Skip to content

Seksyen 43

Tanggungan atas kerugian di bawah kontrak

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 48 of 110
Seksyen 43
(1)

Walau apa pun peruntukan Bahagian ini, Lembaga hendaklah, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh pemunya sesuatu vesel, membuat kontrak dengan pemunya itu menurut kontrak itu Lembaga hendaklah bertanggungan atas apa-apa kerugian yang berlaku disebabkan Lembaga menyerah kurang barang-barang yang disimpan dengan Lembaga atau diletak dalam jagaan atau kawalan

Lembaga atau apa-apa jua kegagalan Lembaga menyerah atau memberi penerangan tentang barang-barang itu; dan bagi maksud seksyen ini, Lembaga boleh menetapkan had dan syarat kontrak itu dan boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa menetapkan kadar yang akan dilevi:

Dengan syarat bahawa Lembaga boleh menurut budi bicaranya enggan membuat kontrak yang sedemikian itu melainkan jika kontrak itu adalah berkenaan dengan semua barang-barang yang hendak dimuat ke dalam vesel atau dipunggah dari vesel, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Bahagaian ini boleh menjejaskan tanggungan Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pampasan kepada pekerja.