Skip to content

Seksyen 46

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 51 of 110

Seksyen 46

(1)

Lembaga hendaklah mempunyai bidang kuasa ke atas pembinaan atau pengubahan sesuatu pengkalan, dermaga, dok, pier atau kerja yang serupa itu dan pembinaan atau pengubahan itu tidak boleh dijalankan dalam kawasan Pelabuhan tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga yang sebelum memberi kelulusan itu, boleh menghendaki supaya dikemukakan pelan pembinaan atau pengubahan yang dicadangkan itu.

(2)

Seseorang yang bertindak berlawanan dengan subseksyen (1)

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan jika diarah berbuat demikian hendaklah mengalihkan pembinaan atau pengubahan itu atas perbelanjaannya sendiri.