Bintulu Port Authority Act 1981 · Updated to 1 Jul 2015 · Bahagian VI · Pelabuhan, Dermaga dan Premis
50. Gudang berlesan
Feedback & supportBerkenaan dengan mana-mana jua gudang berlesennya,
Lembaga boleh memberi jaminan menyeluruh dengan cara bon atau dengan cara lain berkenaan dengan—
pembayaran duti import yang kena dibayar bagi barang-barang yang disimpan dalam gudang berlesen itu; atau
pengeksportan yang wajar akan barang-barang itu.
Apabila jaminan itu telah diberi oleh Lembaga tiada apa-apa jaminan lagi akan dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan daripada mana-mana orang lain bagi maksud yang sama.
Mana-mana orang yang menjadi, atau mempunyai kuasa, pegawai hasil di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah setiap masa—
dibenarkan masuk ke dalam mana-mana bahagian gudang berlesen; dan
dibenarkan memeriksa buku yang disimpan berkaitan dengannya dan stok yang terkandung di dalamnya.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 51