Skip to content

Seksyen 49

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 54 of 110

Seksyen 49

(1)

Menteri boleh, walau apa pun yang diperuntukkan oleh Akta ini, menetapkan mana-mana bahagian dermaga atau premis yang

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

terletak hak pada Lembaga sebagai tempat memungut duti import atau lain-lain hasil yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(2)

Apabila mana-mana dermaga atau bahagian premis Lembaga telah ditetapkan sedemikian Lembaga hendaklah mengasingkan dan menyenggara tempat itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri bagi kegunaan orang yang berhak memungut duti atau hasil itu.

(3)

Semua caj yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana dermaga atau bahagian premis yang diasingkan itu, atau bagi mendarat, mengapal atau menyimpan barang-barang itu hendaklah dibayar kepada Lembaga.