Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan pelan gerak balas kecemasan yang dikemukakan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 24(a) kepada semua agensi yang berkaitan bagi tindakan yang perlu.
Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, Ketua Pengarah boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang diperuntukkan dalam pelan gerak balas kecemasan.
Apa-apa kos yang dilakukan oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan hendaklah ditangggung oleh orang yang diluluskan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membebaskan atau disifatkan membebaskan orang yang diluluskan daripada mana-mana obligasinya atau obligasi pertubuhan perbadanan untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.