Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pelbagai

66. Kuasa untuk mengkompaun

(1)

Lembaga boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai kesalahan boleh kompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki semunasabahnya melakukan kesalahan itu apa-apa amaun, yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang baginya orang itu sepatutnya dikenakan atau jika dia atau ia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh

Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

(4)

Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Report