Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
64. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya itu dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]— lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Biokeselamatan 61
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu; dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang terpakai bagi seseorang individu.