Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang sepatutnya dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—
bahawa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 678